Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, September 25, 2012

Jangan Letak Katil Menghadap Pintu?

Tadi ada update gambar bilik Hadif. Then ramai yang bagi opinion supaya katil hadif dialihkan ke tempat lain memandangkan saya letak katil hadif tu betul-betul berhadapan dengan pintu bilik. Ramai yang cakap tak elok tapi reason nya macam kabur. So, sebabkan rasa macam tak senang duduk jugak la pasal benda ni, saya try google pasal isu ni. Mostly, banyak info yang dapat berkaitan dengan feng shui (kepercayaan Cina). Jom kita sama-sama dalami serba-sedikit mengenai ilmu Feng Shui.

FENG SHUI  sinonim dengan kepercayaan kuno kaum Cina. Feng bermaksud angin manakala shui bermaksud air. Umumnya, ini merupakan  ilmu kaji bumi dan langit. Kepercayaan ini boleh diterapkan untuk merancang dekorasi kamar tidur demi mendapatkan nasib yang baik dan tidur yang lena. Paling penting dalam Feng Shui ialah mengetahui tentang tenaga chi, iaitu tenaga kosmos yang perlu diserap dengan baik oleh tubuh badan kita agar sentiasa sihat, segar dan bersemangat setiap hari.

Dari segi dekorasi, terdapat tiga fungsi feng shui.
(1)   Untuk menciptakan sebuah ruang dengan tenaga chi yang terbaik.
(2)   Untuk memulihkan feng shui buruk dalam sesebuah ruangan
(3)   Untuk meramal kebaikan, keburukan berdasarkan petanda yang kelihatan.

Terlebih dahulu kita mempelajari tabu (larangan) di kamar tidur.
  • Tidur di bawah kipas angin
Daun kipas dianggap menghapuskan tenaga chi yang berada di sekitarnya. Chi harus dihirup dan diserap dengan sihat oleh tubuh. Tidur di bawah kipas boleh menganggu kesihatan.
  • Kehadiran cermin dalam kamar
Cermin dianggap penolak bala atau chi negatif. Feng Shui menganggap cermin sebagai pengganda, perakam kejadian kerana sifat kristalnya. Cermin ini akan membawa gejala negatif seperti penyakit insomnia sekiranya dihadap secara langsung dan tidak baik untuk hubungan suami isteri.
  • Dilarang meletakkan hiasan bunga kering dalam vas kerana membawa tenaga chi  negatif.Gantikan dengan bunga hidup yang kecil-kecil serta gantikan airnya setiap hari. Bunga hidup membawa tenaga chi netral.
  • Hindari dari meletakkan katil bertentangan dengan bilik mandi kerana udara dingin dari situ boleh membawa penyakit seperti reumatik (dll).Sekiranya posisi sebegini tidak dapat dielakkan, letakkan penghadang di hadapannya.
  • Jangan meletakkan katil dengan kedudukan kaki kita menghadap pintu ketika tidur. Feng Shui mengganggapnya simbol kematian iaitu cara meletakkan keranda dan ini membawa nasib malang.
  • Pastikan kita tidak tidur di bawah alang
  • Semasa tidur, peralatan elektrik seperti televisyen, radio dll hendaklah dimatikan. Ini untuk mengelakkan pancaran gelombang elektromagnetnya mengganggu tidur dan psikologi kita.
  • Biasakan meletakkan akuarium berisi ikan mas atau menggantung gambar haiwan kesayangan. Feng Shui mempercayai ini sumber-sumber mendapatkan kekayaan.
  • Sampah jangan dibiarkan berserakan dalam kamar kerana kotoran menghalang punca rezeki.
    • Hapuskan segala benda yang mengingatkan kita tentang kesedihan, kegagalan (dll) kerana itu tidak baik untuk jiwa yang sihat.
  • Jika kamar mempunyai jendela, hendaklah kerap dicuci kerana tingkap yang kotor boleh memerangkap ‘chi’ dalam bilik, seterusnya berkumpul dan berkembang sehingga menghsilkan tenaga lembap yang tidak bagus untuk kesihatan dalaman tubuh. Begitulah juga dengan langsir atau tabirnya.
  • Buang pakaian yang sudah lama dari almari anda jika  tidak mahu menggunakannya lagi. atau  sedekahkan pada orang yang memerlukan. Feng Shui melarang kita menyimpan  pakaian yang koyak atau reput.
SUMBER : drumah.com

p/s: Mana yang baik kita boleh ikut, mana yang kita rasa kurang rasional tu, hindarkanlah. Jangan lah sampai terlalu percaya sehingga mendatangkan syirik pada kita umat Islam ini. Saya rasa, dari segi logik tu, ada betulnya..Actually tujuan letak katil tu menghadap ke pintu sebab saya nak dapatkan ruang yang lebih luas untuk Hadif bermain, juga untuk mudah tetamu atau sesiapa saja yang tumpang solat sebenarnya. Dan keduanya, kononnya kalau hadif dah start tidur bilik dia sendiri nanti, mudah untuk saya jenguk dia. Tapi tak pulak saya fikirkan negatifnya,..Terima kasih kepada yang sudi menegur ye, teguran anda saya terima dengan hati yang terbuka, Juga bermanfaat kepada orang lain yang turut membaca entri ini. After kursus insyallah saya nak ubah kedudukan katil tu.. =)

8 yang mengekspresikan diri:

nurdani said...

betul tu. lagi satu, jangan bagi katil tu mengadap kiblat. maksudnya bila kita tidur, kaki mengadap arah kiblat. tak elok.

mama leen said...

tq for sharing

Unknown said...

new knowledge :) thanks

adid@ said...

Kalau org tue2 ckp xelok.sbb pintu kt tmpt lalu lalang..bole penin org yg tidur tu..pendapat shja.

Husna said...

kita fikir logik org tua je, kalau tidur depan pintu, nnti org bukak kot la masa tidur terselak kain ke, seksi2 ke..kan terus org yang bukak pintu tu nampak..tambah2 anak2 dara tu..kan..

Unknown said...

@nurdani
saya rasa awak konfius ni. Kalau ikut sunnah, memang kena tidur ikut arah kiblat, iaitu muka dan dua tapak kaki menghadap ke arah kiblat cer try baca ni.

http://www.pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum/item/425-bolehkah-tidur-mengunjur-kaki-ke-arah-kiblat

Unknown said...

Yg tdur mnghdap pintu tu bnr.. sye prnh tdur mcmtu.. msa tu x thu lgi tentang adab tdur nie.. maklumlh.. mlm tu trus kne mimpi buruk smpai sye trbgn.. berpeluh bdn nie.. sejak tu sye x tdur mcm tu lg dhhh...

Sumandak Sabah said...

Saya bg penghadang pintu toilet dlm bilik. X selesa. Kan btl juga tu angin toilet bawa penyakit. Satu lg tdr menghadap pintu, langsung xleh tdr. Cermin dpn katil n kaki arah kiblat. Mmg x blhlah saya nk tdr.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...