Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, December 29, 2011

"LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA"

Klik banner untuk join segmen Lulu Pages

Untuk kesekian kalinya bagi penutup hujung tahun 2011 ini, saya dengan berbesar hatinya join segmen yang dianjurkan oleh tuan tanah kedaung cik Lulu Pages. 

Kenapa nak Lulu review blog saya?

Pertamanya adalah untuk menambahkan jumlah pembaca blog saya yang baru setahun jagung ini. Tidak kiralah sama ada anda menjadi follower atau sekadar silent readers, saya sangat menghargai kesudian anda membaca blog saya ini. 

Blog saya hanyalah sekadar blog peribadi yang berkongsi tentang apa jua kisah cerita, info, tips dan pelbagai maklumat lain yang dirasakan boleh dikongsi bersama-sama untuk dijadikan rujukan serta panduan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Apa yang menariknya, saya adalah Pencinta Biru, kebetulan minat saya kepada warna biru sama pula dengan cik pihak penganjur. Kegemaran warna ini dapat diterjemahkan melalui blog ini dan sudah pasti sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan saya melalui blog sudah sedia maklum dengan obsesi saya kepada warna biru. Bukan itu sahaja, apa sahaja info sama ada tentang perkahwinan, kehamilan, parenting, resepi, cinta boleh anda perolehi melalui pembacaan anda di X-presi.


Saya juga ingin menambahkan kenalan di kalangan rakan blogger kerana saya merasakan dunia blog ini sangat unik. Kita tidak dikenali, tidak juga mengenali antara satu sama lain, tetapi melalui blog secara tidak langsung kita boleh mengenali siapa dia (blogger) sebenarnya.


Amatlah berbesar hati jika dipilih menjadi salah seorang daripada 5 blogger pilihan cik Lulu Pages. Semoga Lulu terus maju di dalam bidang penulisan blog ini teruskan dengan update info-info terkini. Terima kasih.

Hantaran Oh Hantaran!!!

Salam batik to all my readers!! (khamis org gomen kena pakai batik)

Memandangkan ramai ghodong-ghodong (kawan dalam loghat Pahang) dan kerabat-kerabat sedara-mara sepupu sepapat saya yang akan melangsungkan perkahwinan tahun depan, makanya topik hari ini nak share dengan korang mengenai hantaran. Tak kiralah sama ada hantaran pertunangan mahupun hantaran semasa perkahwinan nanti.


Hantaran Pertunangan

Pandangan saya, masa bertunang tak perlu la kita beriya sangat nak kan hantaran yang bombastik meletup habis. Kalau boleh kita berbincang bersama pasangan kita berapa bajet yang perlu diperuntukkan untuk hantaran ini termasuk juga bajet hiasan hantaran. 

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang minimum, hiasan hantaran yang direka sendiri adalah lebih sesuai berbanding mengupah orang lain untuk menghias hantaran kita. Tetapi semuanya terpulang la kepada individu atau pasangan masing-masing.

Pengalaman saya sendiri pula, saya hanya menghias sendiri saja hantaran kepada pihak lelaki. Lain pula bagi pihak lelaki yang mengupah orang untuk menghias hantaran kepada saya. Kos menghias sendiri jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos mengupah orang lain. Saya hanya berbelanja sejumlah RM250 untuk membeli barang-barang hiasan seperti bunga artificial, bakul, kain net dan lain-lain. 

Berbelanja la dengan berhemah. Itu belum kira kos kenduri, mini pelamin dan baju lagi. Apepun, terpulang juga kepada kemampuan masing-masing. Kalau dah bajet tu sampai 10 ribu, tak payah la pening-pening nak fikir, upah je la wedding planner boleh je dia setelkan A to Z..Kalau korang nak tau, saya hanya habiskan RM3000 untuk kos keseluruhan termasuk la majlis kenduri, mini pelamin, baju sewa, jurugambar, makandam, doorgift dan juga hiasan hantaran.

Mini Pelamin + Baju = RM750
Catering = RM1000
Hiasan hantaran = RM250
Jurugambar = RM300
Doorgift = RM500
Mak Andam = RM150


Mari layan gambar hantaran tunang...

5 items from him to me: Sireh Junjung, Cincin tunang, Tart cake, Kain pasang, Telekung Sembahyang

7 items from me to him: Sireh Junjung, Kain Pasang, Kemeja + Tie, Fondant Cake, Red Fruits, Chocolate Loaker, Man Utd Jersey (handmade decoration)



Hantaran Perkahwinan

Ini saya taknak citer panjang sebab dah pernah buat entri mengenai Tips Mengenai Bajet & Persediaan Majlis Perkahwinan. Kalau rajin, baca la entri tu ye..

Hantaran kahwin pun sama. On our side, kitorang buat sendiri je. Tapi as usual la kan..Of course la kena ada Sifu kami iaitu tak lain tak bukan my beloved ummi. Sangat bertuah la kitorang (kitorang tu merujuk kepada saya dan Angah) sebab Ummi memang sangat kreatif menghias hantaran kami. Just beli je barang-barang hiasan tu, nanti ada je la idea kreatif dia. Memang puas hati!! Ummi memang selalu jugak dulu-dulu buatkan hantaran untuk pakcik  makcik kami. 

Taknak citer panjang, jom layan gambar lagi nak?



9 items for him: Sireh junjung, cincin,kasut, seluar slack + belt, jam, parfum, kain songket, Quran, cake


Semua kat atas ni my mum yang tolong buatkan..Saya banyak tolong bagi idea n tampal-tampal je. Ummi memang seoarang yang sangat particular..setiap inci tu dia berkira, tapi berbaloi lah dengan hasilnya kannn!!


7 items for me: Sireh junjung, Cincin, Quran, kasut + jam, purse + handbag, cake, makeup (not include replika cek)


Haiii..kalau tiap kali tengok mesti rasa geram je dengan my husband..Meh nak citer skit..Actually kitorang dah discuss sebelum dia mintak tolong kakak dia carikan orang buatkan hantaran ni. Banyak kali dah bagitau, hantaran i bagi you tema silver, hantaran you bagi i tema gold..Alih-alih bila sampai je rombongan lelaki, nengok aikkkkkkk..apesal kaler silver gak ni??? Okay, rupenye dia tak inform pun kat sister dia yang temanya kaler gold...ok, sabar je time tu sebab belum nikah kann..dah setel je sebut, "SAH"..terus jegilkan mata kat dia..Tanpa muka bersalah dia cakap "lupa lah yangggg...".Then saya jawab, "hokeh, takpelaaaaa...dah kawin pun yanggggg..grrrrrrrrr!!!!!!!!!".


Okay, kalau korang nak tiru-tiru idea decoration hantaran ni adalah dialu-alukan..Sharing is caring!! =)



Wednesday, December 28, 2011

Mengimbau Memori Termanis...

Salam to all my dear readers!!


Tadi duk belek-belek gambar-gambar dalam external hard disk, terjumpa la pulak folder gambar-gambar time celebrate my hubby's birthday 2 tahun lepas. Bila duk nengok satu persatu gambar time tu, otomatik tersenyum simpul sendiri. Pastu terfikir pulak cam mane la aku boleh rajin bebenau meng kreatifkan diri buat handmade card ni.


Ye la kan..Masa mula-mula kenal, pastu bercinta memang la rajin kan. Tambah kau single pulak time tu. Boleh pulak kau penat-penat balik kerja pukul 10 malam, ngadap buat kad besday je padahal..hihihihi..manis sungguhhhh...


Sekarang dah kawin, ada pulak anak yang super lasak tu kan..Mau nye dengan dia sekali menolong ummi kerat-kerat kertas, pastu ngappppp........ masuk mulut. Memang menjadi lah kannn..hahaha


Tapi kann, jauh disudut hati ni nak je buat lagi, niat dah ada tapi entah bila lah nak realisasi..Tunggulah Hadif tadika dulu kot..hehe


Kepuasan sebenarnya bila dapat buat kad sendiri. Penat menggagau malam-malam duk stay up membuat kad ni akan hilang bila si dia mula melihat dan  membaca sambil tersenyum simpul lebar...


Jom layan gambar hasil yang tak berapa nak kreatif ni..hihi..



Menyengeh lebar Yusri dapat surpise card frm Lisa Surihani Kemn..hehe
3 kata: Wo Ai ni, I Love U, Aku Cinta Padamu..haptui! =D

Apa yang dibaca tuh?

10 things i love about You..Apekah??
Ikrar janji sumpah setia..pehhh tak hengatttt
Penat ni nak pikir 10 perkara saya sayang awak tau!! hihi

Ikrar yang last tu memang terpakai sampai sekarang.."I tau u sayangkan I walaupun I selalu sesat & tak hafal jalan". Peace. =P
  
Ikhlas daripada,


Kemn Surihani Azmaili



Wordless Wednesday

Aktiviti baru for my little prince bila kuar outing..kena bg credit jugak kat sikecik ni sbb bila outing mesti "GOOD" boy...huhu

Tuesday, December 27, 2011

My Weekend Story

Salam,

Selamat kembali bekerja kepada uols yang baru balik bercuti di penghujung tahun ni. Pada uols yang still bercuti, selamat meneruskan cuti anda !!Hujung minggu saya memang pack dengan family activities. Starting from Saturday untill lah Monday nye, memang ada je program.

Warehouse @ Pacific Regency Hotel
On Saturday, kami memulakan aktiviti outing kami ke Warehouse by Malwanis di Pacific Regency Hotel. First time pegi warehouse dalam hotel, ingat diorang buat kat lobby or ballroom, alih-alih kena naik tingkat 30 , diorang buat dalam penthouse, seyes memang crowded sangat.


Ada banyak jugak barang diskaun untill 90%. Saya memang dah niat nak belanja husband bila dapat elaun tanggung kerja ni. Memang menggila la tengok macam-macam barang, Handbags Gucci, Miu Miu, Prada. Kasut pulak ada Tods, Gucci, Salvatore Ferragamo, Prada. Ada jugaj lingeries by Victoria Secret's. Banyak jugak la aksesori-aksesori lain. Punye lama duk lepak sana sampai pukul 8.30 malam, lama den duk termenung nengok handbag Prada..Mengenangkan dah shopping masa kat JPO hari tu je, kalau tak nak je rembat satu! So, at last my husband dapat jugak beli casual shoe by Prada, saya beli lingeries and parfum Jadore by Dior, dapat beli yang limited edition ada goldust dalam botol parfume tu..

Lupa pulak nak snap 2 3 keping gambar kat warehouse ni.. =(


Sukhumvit
Dah puas shopping baru lah perut terasa lapar. Niat dihati nak makan kat restoran berputar di KL Tower tu. Alang-alang KL Tower tu depan je dengan Pacific Regency, so my husband terus la ke sana. Bila tengok rate buffet kat situ, mak ai RM 289 / each..Mahal gila sempena Krismas ni!! Tak jadik la plan, so kitorang terus ke Kampung Baru.

Tang ni pun memang menduga jugak la nak mencari parking kan. Entah tak ingat dah berapa kali duk memusing cari parking, last-last my husband teringat ada satu kedai yang pernah dia nak pegi tapi time tu tutup. Sampai je restoran tu, mood kami terus berubah... =)


Restoran Sukhumvit. Saya pun tak tau apa maksud Sukhumvit tu yang pasti masakan Thai yang terbaik yang pernah saya makan seumur hidup! Seyes memang sedap sangat, highly recommended for those yang memang sukakan masakan Thai !!


Best gile ikan siakap masak stim limau ni..kuah dia memang pehhhhh..sedapnyer!!
Dah makan kenyang kedengkang, baru ingat nak snap pics!! asparagus masak sos tiram pun best! tomyam memang terbaekk!!
Hubby yang lapar..huhu

Budak ni pun sama  sibuk laparrrr...

Ummi dia pun lapau mentekedarah tak hengatt!!

Ingat Pizza Hut je ado ke? sini pun ada tauu..kau hado??

Muka happy dapat makan..




Esoknya kami meneruskan aktiviti ke D Curve..kitorang lunch di The Apartment. Tempat memang syok sebab dapat seat yang sangat comfy macam katil. Habis dilanyak oleh 2 orang hero tu. Tapi memang tak boleh masyuk dengan makanan kat situ. Tak sedap langsung, pasta tawaq hebiaq! Mostly restoran kat D Curve tu menunya sempena Krismas. So, memang tak boleh masuk sangat la..

gambar gelap, tempat ni lampu romatik habis..

Ini 2 hero melenjan katil ke hape ni tak tau la..nak beli la satu kat umah..hehe

tak mampu dah nak melayan si kecik tu..


Isnin kami nak pegi melawat rumah di Sepang. Before that, kitorang pegi jalan-jalan di area Nilai. Saje nak usha-usha tempat yang bakal menjadi tempat shopping kitorang bila pindah rumah nanti. From our new home to Nilai memang tak jauh, 5 minit dah sampai Nilai.

Memang sangat berpuas hati sebab Nilai dah maju jugak la. Saya memang impressed habis bila pegi Giant. Dah feeling macam kat D curve dah..hehe..banyak shoplot kat luar Giant tu, tak payah dah nak shopping ke lain.

Tesco Nilai ada ..Alamanda ada? hehe

So, balik daripada bersiar-siar  di Nilai tu, kitorang terus menjenguk rumah. Hurm, masih tak boleh tengok lagi rumah kami, jalan still tutup..Cuma yang happy nya, akhirnya perumahan kami mendapat semula nama asal. Kalau korang baca ENTRI INI, ada saya maklumkan yang taman perumahan kami telah ditukar nama kepada Desa Salak Puteri. So, bila tengok signboard baru naik dengan nama asal, memang happy la kan.. =)

Dulu..
Kini.. =D
nak jugak snap umah dari jauh..huhu


Okay, setakat ini je update for my weekend story..Eventhough tersangatlah penat but It was so fun bila dapat spent a quality time dengan family tersayangggg!!!

Friday, December 23, 2011

Bagaimana nak kekalkan hubungan?Benarkah dia Mr. Right kita??

Salam,


Dua tiga hari ni kebetulan adalah beberapa blogger yang berkongsi tentang kisah hubungan cinta mereka. Kalau korang baca salah satu entri di blog Kak Filla, siap ada readers hantar emel kat dia mintak pendapat tentang hubungan dia dan pasangan dia. Semalam, terbaca pulak entri adik blogger comel yang sedang meletup kebabomm belog nya yang glemeres dengan pelbagai tips dan tutorial berblogging, Lyssa Faizureen di Lyssa Secret.  Dalam entri Lyssa semalam, dia menyatakan perasaan sedih yang diselubungi nya sepanjang 2 tahun dalam hubungan cinta remaja nya dengan buah hatinya, Mr. Pritt.


Semua orang pernah bercinta bukan? Dalam erti kata lain, adalah boyfren 2, 3, 4 orang..hehe. Korang start bercinta cintun ni bila? Kalau tanya saya la kann..darjah 6 gua dah ada boyfren tau!!advance haku kan...hehehe..belum citer masuk sekolah menengah, kejap kapel ngan anak Pengerusi PIBG, kejap kapel ngan football star (kat skolah je la), kejap kapel ngan Olahragawan Sekolah sebelah, kejap kapel ngan Mamat Skate, kejap kapel ngan Abang Navy, yang takleh belah tu ngan Mat Rempit pun boleh kapel..hahahahahha..


Pertemuan dan perpisahan tu memang adat dalam hubungan. Bukan sengaja kita nak berpisah or break or clash dengan seseorang itu melainkan kita mempunyai alasan. Eh, ada ke orang break dengan partner dia sebab sesaje je? " I nak break dengan you. titik.". Kenapa? " takda pape. saje nak break...". Memang nak kena makan panggggg!!!..hehe..Setiap orang ada alasan tersendiri, tak kira la apa juga alasan nya yang penting hanya dia saja yang tahu mengapa perlunya perpisahan.


Dalam setiap hubungan sudah tentu ada pasang surutnya. Baik yang bercinta sebelum berkahwin, ataupun sesudah kahwin. Perkara pokok yang perlu ada dalam setiap hubungan cinta adalah kejujuran. Kemudiannya barulah lahirnya perasaan sayang. Pasangan kita juga perlu menerima apa adanya kita. Saya menolak sekerasnya bila bercinta, you mesti jadi macam apa yang i mahukan. You nanti kalau nak dating ngan i, pakai mesti kena meletoppp..kalau u keluar dengan orang lain jangan berani nak pakai melawa bagai..Kalo boleh you kalau dengan i, kena pandang i je. Jangan gatai mata tu duk sibuk melilau usha orang lain. Boleh ke gitu?


Bila dah bertahun-tahun kapel, mula lah masing-masing menunjukkan sifat yang sebenar. Dalam setahun tu boleh kira ngan jari berapa kali hidup aman damai. The rest tu berperang memanjang. Kalau yang girl mula lah berdrama air mata. Tiap-tiap malam bergayut duk sok sek sok sek kesat hingus menangis. Lepas tu mula lah bermonolog, jahat sangat ke aku ni? Keji sangat ke aku ni sampai dilayan begini? Orang kata mereka yang baik hanya untuk orang yang baik. Habis, aku tak baik ke??? Balik-balik aku yang salah..


Kalau yang jejaka pulak, mula la berjanji sumpah setia. Kita tutup citer lama, kita bukak buku baru (tiap-tiap tahun janji macam ni). Guys biasanya akan make it simple. Taknak peperangan tercetus lama, dipujuk nya macam-macam janji. I janji I akan jaga you sampai bila-bila. I janji takkan buat you nangis lagi. I janji akan jadi seperti yang you mahukan. Tapi dengan syarat you pun kena janji dengan I you pun kena berubah.


Persoalannya disini, adakah kita betul-betul pasti bahawa benarkah dia Mr. Right kita? Betul, kita boleh merancang semuanya tetapi pokok pangkalnya Allah yang menentukan segalanya. Dalam erti kata lain, jodoh di tangan Tuhan. Bagaimana pula bagi yang menyangkalnya? Oh, ini semua ujian dari Allah untuk aku hambanya, aku redha terimanya. Satu hari nanti dia akan berubah demi aku, kerana dia amat menyayangi aku. Siapa kita untuk mengubah dia?


Peganglah kepada ayat ini, " Tiada sesiapapun di dunia ini yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri". Kalau betul si dia berubah pun, mungkin ianya hanya bersifat sementara.


Bagaimana kita nak tahu dialah orangnya..Dialah Mr. Right kita. Dialah orang saya impikan selama ini. Biasanya apa yang kita impikan memang tak tercapai dek akal. Nak yang ensem ala  Aaron Aziz, badan katang tak hengat, romantik habis, suka budak-budak, pandai masak, berduit bukan semata malah kaya bolehlah bagi aku banglo 10 bilik sebijik, kereta ada 5 bijik, okay dah lah banyak sangat dah berangan mengarut ni. Istighfar..

Okay, pertamanya jangan lah terlalu memasang niat yang tinggi kemain nak hok tu hok ni. Cukuplah niat kita, " Sahaja aku mencari pasangan hanyalah sebagai pelengkap hidupku..". Ya, pelengkap. Pelengkap utama ialah iman. Kalau iman kita masih cetek, harap si dia boleh membawa kita perkukuhkan iman. Kalau kita manusia yang bangsa cepat gelabah, ini nak risau itu nak risau, kepochi habis..Si dia kenalah seorang yang cool, relaks..ada masalah pun macam orang takde masalah. Kalau kita orangnya selamba habis..rumah lantak pi lah nak tunggang langgang cemana, si dia mestilah orang yang sistematik, displin ala-ala pengawas gitu. Tapi ni yang paling penting, kalau kita ni bangsa yang tak suka hafal jalan (buta bearing), tolonglah pastikan yang si dia tu bukan macam kita!! hehehehe


Serasi bersama. Serasi ni macam ada chemistry la. Mudah je semuanya. Walaupun kadang-kadang penting ada perbezaan dalam hubungan, tetapi persamaan pun juga penting. Susah jugak kalau kau orang yang suka bersosial, tengok wayang..karoke..main futsal...tup tup dapat pasangan yang anti sosial..memeruk dalam rumah 72 jam. Tapi kalau dah dapat, janganlah kecewa pulak. Apa kata kita cuba create sesuatu yang boleh ada persamaan dengan pasangan kita. Kalau dia sibuk 24 jam dengan Astro Sport, balik-balik tengok bola..Cubalah ajak dia layan How I Met Your Mother ke, CSI Miami ke, Hawaii Five-O ke, Kimora ke..kalau tak nak jugak..alih je TV Al-hijrah..biar insaf sikit..hihi

Belajar terima kelemahan pasangan. Sangat penting part ni sebab kadang-kadang saya pun terlepas laku. Jangan sesekali bandingkan si dia dengan Aaron Aziz sesiapapun. Jangan lah merendah-rendah kan kemampuan si dia. Eh, you ni dah tua pun tak pandai swimming? Malu la I dengan family I, ha tu anak jiran sebelah rumah umur 44 hari dah pandai swimming tau..No..no..no. (Ingatan untuk diri sendiri juga)

Yang indah itu hanyalah sementara kekal. Macam mana nak kekalkan keindahan hubungan? Jawapannya ialah mengamalkannya. Kalau dulu zaman bercinta kemain makan bersuap, duduk pun sampai berlaga hidung..rambut ada habuk pun kemain dikibasnya..dah kawin nanti jangan stop pulak. Kalau tak boleh maintain, sekali sekala pun jadilah.


Sentiasa bersyukur. Cuba muhasabah diri. Cuba imbau kembali nasib korang dahulu sebelum adanya dia. Bagaimana peritnya hidup korang dulu berbanding sekarang. Sentiasalah bersyukur nescaya orang yang bersyukur tidak sesekali Tuhan akan tarik rezekinya. Wallahualam..


Buatlah pilihan yang tepat dalam memilih pasangan. Ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati. Habis tu nak ikut apa? Ikutlah jalan Allah. Doa adalah ubat yang paling mujarab!!


Okay dah tamat dah membebel..Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan!! Selamat Berhujung Minggu !!! Bai!!




Thursday, December 22, 2011

SBPA ditangguhkan??

Ceupacs : PM Setuju tangguh pelaksanaan SBPA
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.

Utusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

****************


p/s: power jugak Ceupacs ni...

Bayi Menangis Malam kerana Gangguan Jin?


Assalamualaikum Akmar,


Tajuk saya pada emel kali ini agak menyeramkan bukan? Lebih-lebih lagi hari ini adalah hari khamis dan malam ini malam Jumaat. Bukan untuk menakutkan tetapi untuk berkongsi cerita yang saya teringat untuk menceritakannya pada Akmar. Setiap kali kursus yang saya adakan, saya berjumpa dengan berbagai latar belakang peserta. Sudah tentu pelbagai cerita tentang anak-anak mereka yang dikongsikan bersama saya. Ada beberapa peserta kursus saya mengadu tentang anak mereka yang terlampau kerap menangis. Ada yang hinggakan setiap malam tidurnya mesti dikendong, jika dah tidur dalam kendongan, bila diletakkan ke tilam, ia akan terjaga serta merta dan menangis kembali. Terus saya maklumkan padanya, bagi saya  sudah jelas anak tersebut kena gangguan. 
Kebiasaannya ada sesetengah ibu bapa akan menjadi lebih baran/pemarah. Kemungkinan besar ini disebabkan mereka tidak memahami kenapa bayi mereka menangis. Mereka tidak terfikir langsung bahawa ia disebabkan gangguan makhluk halus. Ramai yang percaya akan kewujudannya tetapi tidak percaya ianya terjadi pada anak mereka!
Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan : 

  1. Adakah matanya melilau melihat sekeliling
  2. Menangis yang tiada air mata,
  3. Menangis seolah seperti di cubit,
  4. Menangis dalam keadaan takut,
  5. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
  6. Tidur di selang seli dengan tangisan
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

Jika kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis bermakna PASTI ada gangguan.

Jika kita bertanya orang yang 'berpengalaman dulu-dulu' mereka akan menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu  haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baik-baik. Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita.


Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?
  1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
  2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menghindarinya, boleh layari website ini.

Wednesday, December 21, 2011

Sekarang dah pandai ....

Salam,

Dah cecah 10 bulan ni macam-macam "pe el" baru anakku yang sorang ni..Jangan tak tau sekarang dah pandai merajuk! Kalau datang "buah" merajuk dia tu, mulalah menonggeng ke lantai. Yang tak tahannya tu amik kesempatan pulak siap jilat-jilat lantai. Itu kalau merajuk duk atas lantai, kalau duk atas carpet pun sama. Dengan carpet-carpet pun dia jilat. Aiseyyy..budak bertuah ni..


Sekarang pun dah pandai turun katil sendiri. Kalau sebelum ni, dia belasah redah je turun katil. Itu yang tergolek-golek berlipat badan..Sekarang dah pandai bajet ketinggian. Bila nak turun nak katil tu, dia akan usha dulu tinggi ke tak, dia akan cuba tundukkan badan dia dulu. Then kalau dia rasa macam tak cecah badan je, terus dia pusingkan badan dia and hulurkan kaki ke bawah. Brilliant you, Hadif! Ada satu hari tu, dia lupa kot dia tak stabil nak berdiri sendiri lagi. So dari atas katil tu terus laju dia meluncur nak turun, haaa sekali hamekk ko terus tergolek..hihihi..ummi gelakkan je awak Hadif..Bangun la sendiri ye!! (bukan apa kalau kita gelak, dia tak jadi nak merengek, dengan dia sekali lah gelak)



Budak merajuk tak dapek umpan (biskut)

Tuesday, December 20, 2011

Dato' Dr. Haron Din menjawab Isu Nama Anak Jin

Salam,
Rentetan daripada isu yang hangat diperkatakan di media sosial FB semalam berhubung isu yang saya kongsikan semalam di ENTRI INI, berkemungkinan ramai ibu bapa di luar sana yang memerlukan jawapan yang sahih daripada sumber-sumber lain yang arif mengenai perkara ini.


Malam semalam, saya ada terbaca di salah satu wall di FB bahawasanya perkara ini telah dijawab oleh Dato' Dr. Haron Din, penceramah yang tersohor lagi terkenal di Malaysia ni. Beliau MENOLAK dan juga menggunakan ayat 65 surah An-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yang mengatakan nama-nama tertentu boleh membawa penyakit misteri.


Cuma hanya ada Jin yang disebut di dalam hadis sahaja yang tidak elok digunakan seperti Azazil, Wismas, Khannas, Murrah, Harb, Soba dan beberapa yang lain yang disebut dalam hadis. Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena penyakit misteri. Ia bercanggah dengan Al-Quran.


Semoga Ustaz Sharhan dapat memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara ini memandang dengan jelasnya beliau menyebut nama-nama yang berkenaan. Mungkin apa yang beliau kongsikan itu adalah berdasarkan pengalaman beliau mengubati pesakit-pesakit misteri ni. Perkara ini boleh mengelirukan kita kerana pandangan berbeza ini datangnya daripada para ulama'. Secara peribadi saya mengharapkan agar mereka dapat berbincang lanjut mengenai perkara ini.


Diharap jawapan  ini dapat melegakan hati ibu bapa diluar sana. Mari sama-sama kita kongsikan. Bagi yang terlepas mendengar rancangan Tanyalah Ustaz pada hari Ahad lepas, korang boleh tengok DISINI. Sama-sama kita fikirkan. Wallahualam...


p/s: Thanks a lot to blogger DNaZz's sebab share perkara ini. Untuk cerita lanjut, boleh baca di entri beliau.

Monday, December 19, 2011

Nama Kegemaran dan Pilihan Jin Untuk Anak Mereka

Salam,

Just for sharing dan untuk kita sama-sama fikirkan.

Ahad lepas my sister in law datang rumah dan dia berkesempatan menonton rancangan di TV9 : Program Tanyalah Ustaz bersama Al-fadhil Ustaz Sharhan Shafiee. Tajuk yang dibincangkan pada hari tesebut adalah mengenai Indahnya Perubatan Islam | Nama kegemaran dan pilihan Jin untuk anak mereka. Yang menarik tentang topik tersebut adalah mengenai pilihan nama-nama Islam yang dikatakan mempunyai persamaan pada golongan jin dalam menamakan anak-anak mereka.

Apa yang dimaklumkan oleh Ustaz Sharhan, terdapat 77 nama Islam yang menjadi kegemaran golongan jin dalam menamakan anak-anak mereka. Antara nama-nama yang disenaraikan adalah:
 
  1. Balqis, 
  2. Qistina, 
  3. Batrisyia, 
  4. Erisya (Alisya)
  5. Dzakwan, 
  6. Najwa

My SIL jadi macam risau sebab nama salah seorang anak perempuan beliau tersenarai dalam nama yang dimaksudkan itu. Menurut Ustaz Sharhan tidak perlu sampai kita nak menukarkan nama anak kita, hanya sekadar memanggil mereka dengan panggilan selain daripada nama-nama dimaksudkan itu sudah memadai. 


Dikhuatiri dengan meletakkan nama-nama ini anak-anak mudah mendapat penyakit misteri / pelik-pelik. Sekiranya sudah terberi, contohnya Nur Qistina, boleh dipanggil 'Nur' bukan Qistina, sekiranya Muhamad Dzakwan, boleh dipanggil 'Muhamad', (Terutama bagi anak-anak kecil yg sering menangis cuba panggil dengan panggilan lain).


Kepada ibu bapa di luar sana yang nama anaknya tersenarai seperti yang dimaklumkan oleh Ustaz Sharhan, janganlah rasa sedih, kecewa atau marah. Pandangan peribadi saya, kita perlu selidik dengan pelbagai sumber. Jangan hanya kerana satu sumber ini, kita sudah melatah. 

Kalau ikutkan, ini memang ilmu baru yang baru saya tahu jugak la. Sebelum ini, tak pernah pun dengar pasal pilihan nama jin menamakan anak mereka. Perlu diingatkan bahawa pendapat dan fahaman ulamak berbeza. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh, ada yang kata elok ada yang kata tak elok. Akan tetapi perlu diingatkan juga dunia ni memang penuh dengan misteri Tuhan yang kebanyakannya kita tak mampu rungkai. "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.." kita perlu hormat pendapat mereka yang arif dalam agama kecuali kita memang lebih banyak ilmu dari mereka..


Apa yang penting disini, niat membetulkan cara (pandangan saya lah..). Kalau niat kita baik, maka dengan izin Allah baiklah dia. Mana ada dalam dunia ni mak bapak yang nak menamakan anak mereka dengan nama yang maksudnya tidak baik kan?


Ada jugak yang cakap nama tu "berat" lah, dalam erti kata lain susah la nak jaga anak kita nanti kalau letak nama tu. Pengalaman saya sendiri juga, ada yang cakap nama anak saya "berat".  Bukan nak perlekehkan apa yang diorang cakap tu, tetapi berbalik kepada apa yang saya maklumkan tadi, niat membetulkan cara..Niat kita sudah tentu mahukan anak kita menjadi seseorang yang elok, sama elok seperti maksud namanya.




Info tambahan:
Dulu my ummi ada jugak dengar syarahan agama daripada Ustaz Harun Din pasal nama ni. Menurut beliau jangan amalkan memanggil nama anak dengan panggilan Along, Angah , Achik dan sebagainya kerana nama yang dipanggil di dunia akan dipanggil diakhirat kelak. (Ini macam saya boleh terima) 

Wallahualammm..

Doa Untuk Anak Nakal dan Hyper

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kekepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -

"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Tambahan INFO:

Jangan galakkan anak pakai baju warna oren. Dari psikologi warna, warna oren boleh merangsang secara aktifnya tindak-tanduk anak dan akan menjadi hyperaktif.

 Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Friday, December 16, 2011

Cerita budak 10 bulan..!!

Man Utd fanzzz everrr!!! yerks..hehe

Kejap je rasa masa berlalu..tik tok tik tok dah 10 bulan putera hati saya yang superduperhyper aktif tu. Sory lah kalau terover sangat statement ni, sebab dah tak tau nak define macam mana perangai anak saya sekarang ni. Now, he is 10 months old oredi! Dah makin besar anak ummi and daddy ni. Makin hari makin macam-macam gelagat dia. Berat dia tak banyak naik sangat, dulu masa 9 bulan berat dia 9kg, sekarang 9.4kg. Badan makin susut tapi berat tak susut-susut pulak. Maybe sebab Hadif sekarang sangat kuat makan dan minum susu. Selagi dia tak mengantuk mintak nak tidur, selagi tu la mulut dia nak mengunyah. 

So, kat rumah tu memang dah standby beli berkotak-kotak biskut beras (Baby Bites). Before this, saya bagi dia makan Biscotti by Heinz tu. Tapi nampak dia macam lagi suka biskut beras, plus biskut tu tak comotkan dia. Tu yang kena selalu bawak bekal berjalan ke mana-mana. Setakat ni, saya tak ajar lagi dia minum air kaler-kaler macam Ribena, Sunquick ke. Untuk suplemen pulak saya masih kekal bagi dia minum Jus Tok Guru and Scott Emulsion. 

Okay, berbalik kepada perkembangan my baby..Now, dah ada 2 batang gigi. Dia dah pandai panjat tangga, panjat sofa, panjat katil dan apa jua la yang boleh dipanjat. Sekarang nampak macam sibuk nak bergayut pulak. Oh, seyes memang mencabar nak jaga budak bertuah sorang ni. Tak pernah reti duduk diam, tengah tidur pun kadang-kadang boleh bercakap, tidur menonggeng la, mengiring la..ikut suka dia la nak tidur posisi macam mana..hihihi

Sekarang kalau naik kereta pantang kalau duk depan, memang terus je dia pegi kat driver seat. Pastu berangan la kengkonon pegang stereng tu bawak keta. Sabar jela..kereta umi n daddy dua-dua kan auto. Pernah jugak la dia memandai tarik gear masa my husband tengah driving! Sangat bahaya..so, sekarang kalau nak jalan jauh skit, saya duk belakang je la dengan dia. Bila dia dah penat sikit, baru la boleh letak dalam carseat. Kalau tak, menjerit la dia kena ikat dalam tu!

Kalau kitorang makan, dia dah taknak duk dalam baby chair. Kalau dia duduk pun, adalah seminit dua je kot. Pastu dia busanggg, dia slumber berdiri atas kerusi tu. Kalau penat berdiri, slumber jugak dia meniarap atas meja!! Boleh imagine tak baby 10 bulan buat macam tu! Ada sekali tu, kitorang makan KFC kat Alamanda, dia meniarap atas meja terus capai tray and terus terbalik semua makanan jatuh ke bawah! Sabar jela anakku..Habislah semua orang usha nengok sape punye angkara..tengok-tengok budak kecik tak cukup bulan rupanya!! haissshh..


Stroller pun sama. Dia akan duduk kejap je, Agak-agak dia rasa macam boring, dah menjerit-jerit minta bantuan!! Nak tak nak, kena la angkat jugak budak bertuah tu. Kalau tak, gamatla shopping complex dengar suara dia meraung macam orang kena pukul tu..hihihi..kadang-kadang rasa macam lucu jugak. Sebab bila duk cerita pasal anak sendiri ni, sebenarnya dia tu refleks diri kita. Ummi cakap, saya dulu sebijik macam Hadif! Tapi Hadif lagi advance la sebab dia boy kan..(ayat cover tak hengat) hehe 

Jom layan gambar Hadif dalam keterujaan dapat naik car!! Pusing stereng dengan badan-badan sekali berpusing!!!


OMG, daddy please bring this back!! I want it!!!this is so ohsem..!

Eh, orang sebelah ni dah ajak race ke? Tak nampak ke otai bawak car sambil berdiri ni..kau boleh?

Uitss..ada aweks la kat depan..hye Amani (Farah), hye Aleesya (Ilyani)!!

Camni cara kalau nak drift..baru betul!!


Thursday, December 15, 2011

Tuhan, tolong lembutkan hati dia: Ombak Rindu

Okay, akhirnya tercapai jugak hasrat dihati nak menonton Filem Ombak Rindu, yang diadaptasi daripada sebuah novel nukilan Fauziah Ashari. Sebenarnya, malas nak buat review pasal filem ni. Boleh katakan ramai jugak blogger yang buat review pasal ni. Pokok pangkalnya cerita yang sama, pandangan sahaja yang berbeza. Takpe, ku gagahkan juga menulis entri ini demi permintaan si suami yang telah berjaya dipujuk untuk turut sama ber"ombak" menonton filem ini..hihi..

Pandangan peribadi saya, filem ni memang memberi kesan kepada saya. Bukan memberi kesan apa, memberi kesan kepada saya untuk meng refresh kembali ingatan saya pada hasil garapan novel sang penulis. Kalau korang nak tau, novel ini lah satu-satunya novel pertama dan terakhir yang pernah habis dibaca sepanjang umur hidupku (tak termasuk la novel Sastera masa SPM dulu). Ini pun setelah dikerah oleh sahabat sekolej di UUM dulu, Cikgu Awien. Kalau tak kerana wongko Wien, memang aku takda maknanya boleh habis baca novel ni..hihi..

Secara keseluruhannya, filem ni memang boleh la diangkat sebagai Filem Terbaik untuk tahun ini (kena puji dulu baru kritik). Memang Aaron Aziz menjadi sangat bawak watak Harriz tu. Tapi (ok dah start kritik..hiihi), rasa macam tak kena Maya Karin sebagai Izzah. Maksud saya lakonan dia menjadi, tapi slank omputeh dia memang tak boleh hilang lagi, dan membuatkan saya rasa macam lakonan Lisdawati dalam KL Menjerit lagi berkesan kot. Lisa Surihani pulak saya rasa okay-okay je, sebab saya rasa Lisa ni sesuai untuk watak protagonis. Bila dia bawak watak antagonis macam ni, macam tak kena dengan muka dia yang ayu tu. Cer kalau Izara Aisyah jadi watak Mila, baru la masyukk kan..hehehe (kau Kemn macam hebat je kan nak kritik! hehe)

Adegan yang kurang sopan tu saya tak nak komen banyak, memang tak sesuai untuk tontonan Umum sebenarnya. Sebab ramai jugak parents yang bawak anak-anak kecik tengok filem ni. Tapi nak wat camne, kata adaptasi daripada novel kan..Itu dah kira sikit-sikit je diorang tunjuk, kalau korang baca novel dia lagilah banyak romantikus nyerr..hehehe

Daripada pembikinan filem, saya rasa macam kurang kemas sikit. Tak macam filem arahan Khabir Bhatia. Sinematografi memang terbaik. Kalau korang perasan masa scene Hariz try call Izzah tu, masa tu handphone Izzah dah kena rampas dengan mak Hariz yang kekwat tu..Incoming call yang keluar dalam handphone Izzah tertulis "Abang Hariz". Rasa pengarah macam terlepas pandang sebab Hariz call Izzah menggunakan telefon rumah. Kalau ye pun kan, setting la dalam handphone tu "Rumah Abang Hariz". 


Kalau tanya my husband punya komen, dia kata okay (okay tu kira in the middle la). Dia frust sebenarnya sebab tak baca novel tu lagi.hehe. Dia kata jalan cerita macam cepat sangat tetiba macam senang je Hariz terima Izzah. Biasalah kan, jalan cerita dalam novel memang la lagi best kalau nak dibandingkan dengan garapan filem. Kalau tanya peminat novel Harry Potter pun akan cakap benda yang sama.


Begitu juga komen yang diterima daripada penulis novel sendiri. Tentulah dia tak puas hati tengok filem hasil tulisan beliau. Tambahan lagi, beliau tidak dipanggil untuk bersama-sama mengikuti pembikinan filem tersebut. Atleast la sebagai penasihat pun dah mencukupi.


Okay secara keseluruhannya..Filem Ombak Rindu okaylaaa...penat jugak tekak ni menahan sebak air mata jatuh bercucuran. hihi

Untuk tatapan suami. Ini la novel nya, nantila kita cari kat Perpustakaan Awam. Ada lagi ke gamaknye kat kedai buku ek?

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


p/s: lama dah tak review filem, last review time buat assignment Bahasa Melayu kat UUM..hihi

Wednesday, December 14, 2011

Wishlist 2012??

Salam to all my lovely readers!

Agak jarang mengupdate entri baru di laman X-presi ni. Biasala kan, nak dekat-dekat penutup tahun ni macam-macam benda ad hoc yang kena buat kat ofis ni. So, tahun 2012 bakal tiba tak lama lagi. Apa lah agaknya yang dihajati oleh tuan empunya belog ye?


Tahun 2012 sebenarnya tak panjang sangat list macam tahun-tahun sebelum ni. Kalau sebelum ni, sibuk nak beli kereta, nak kawin, nak ada anak, nak beli rumah, nak itu, nak ini..haish macam-macam nak la...So, tahun 2012 ni saya kira macam tindakan susulan je la yang perlu dibuat.

Kereta. Kalau sebut pasal kereta ni, sensitif sikit la. Orang kata, jangan sesekali cakap ko nak jual kereta, nanti dia merajuk, payah la rosak nak kena ulang alik anta ke pomen.hehe..Oh tidak..tidak sama sekali saya nak jual kereta hasil titik peluh pertama tu ye. Walaupun bukan la kereta idaman (haipp jangan cakap lebih..kangg jadik kangg...), saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi. Cuma rasa macam nak kasi touch up sikit. Ingat macam nak tukar sportrim and leather seat je. Ha, lagi satu nak beli alas kaki yang baru kaler biru.boleh gitu? hehe

Kawin. Eh, bukan nak kawin tambah sorang lagi ye. Sorang madu pun mintak la simpangggg!! Bab kawin ni, apa yang saya harapkan semoga pada tahun 2012 ini, ikatan perkahwinan kami semakin utuh dan diberkati Allah dan saling perbaiki kesilapan dan kekhilafan suami isteri. Niat nak jadi isteri yang lebih baik dari tahun sebelum ini dan dapat menerima kelemahan diri serta berusaha untuk perbaikinya. Saya akui, hidup berumahtangga ini sangat indah tetapi di dalam keindahan yang kita rasai ini perlu juga kita sentiasa muhasabah diri. Banyak lagi ilmu yang perlu digali untuk perkukuhkan ikatan perkahwinan yang baru hampir 2 tahun ini.

Anak. Alhamdulillah, syukur sangat dengan kehadiran putera hati yang sangat lasak tu. Setakat ini, terus terang saya katakan tidak ada perancangan untuk menambah cahaya mata lagi. Berikutan daripada keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, kami suami isteri bersepakat untuk memberi peluang kepada Hadif untuk puas bermanja dengan kami. Lagipun, kemungkinan besar tahun depan saya perlu mengikuti kursus 6 bulan. Nak tinggal anak yang sorang seminggu pun dah meraung bagai, ini kan pulak nak tambah lagi sorang..Huargghhhh..tak bleh imejin dan taknak imejin..(Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan..kalau ada rezeki, saya terima dengan tangan terbuka..)

Rumah. Syukur alhamdulillah juga. Impian yang selama ini diidamkan akhirnya telah direalisasikan. Kalau orang lain pasang impian nak rumah banglo besau ada maid, swimming pool, bilik tidur 10..saya memang dari dulu lagi tak pernah impikan sesuatu yang bombastic macam tu (impian pun kena setimpal dengan kemampuan..hehe). Untuk tahun depan, hanya fikir nak menghias rumah, ada mini lanskap, petang-petang minum kat tepi balkoni sambil tengok Hadif main kejar-kejar dengan daddy (larat ke daddy tu?). Idea nak menghias rumah sedang dalam proses pengumpulan ilham..hehe..ilham ni kadang-kadang datang macam tak logik, ishh..nak menghias ni kalau petik jari keluar sedebuk duit boleh la kan..ini nak kena fikir idea menghias bersesuaian lah dengan ongkos yang ada..hehehe


Untuk pertambahan wishlist 2012, ada 2 perkara penting yang wajib dicapai!!


Nak kembali selimmm..Ye, saya mahu kurus!! Betul la orang cakap. Bila kita kurus dulu sibuk la nak menggemokkan diri..bila dah gemok, naik sikit badan dah sibuk nak kurus balik. Ish, menyesal sungguh tak dengar cakap kawan-kawan dulu..hihi..Tapi sebenarnya bila dah ada anak ni, seyes memang kita boleh kurus dengan naturalnya (tak perlu pakai PB..hehe)..Tambah lagi kalau kita duk kat rumah takda sesiapa tolong, semua benda buat sendiri..konpemm memang boleh susut badan tu. Tahun depan Hadif dah setahun, so dia makin lasak, kebarangkalian untuk badan menyusut juga adalah tinggi. Jadi jangan lah nak harapkan kelasakkan anak je Kemn, awak sendiri pun kena usaha ye!


Nak kulit muka flawless gitu. Sekarang ni bila menanguk depan cermin memang akan ambil masa yang agak lama lah. Husband selalu sound kalau bersiap kemain lambat lagi. Tu belum citer nak lilit sana lilit sini...hehehe..Sekarang dalam kepala ni duk berlegar-legar nak beli SKII orsatu lagi produk dari France ni, EVERLYNN. Saya ni bukan nak demand sangat bab-bab pilih skincare ni. Bukan tak pernah cuba local product, banyak dah saya cuba tapi hasilnya gagal. Kalau tak ada pape effect, ada side effect! Tensen gak la. So setakat ni masih setia menggunakan Bio Essence dan tahun depan cuba nak beralih arah kepada salah satu skincare product yang saya sebut kat atas tu. Ada sesiapa boleh share tak?Kalau ada, meh bagitau saya meh..


Setakat ni jela wishlist saya untuk tahun 2012. Korang pulak macam mana ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...